Jangan
sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan
telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan
layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup
ini" . "Hidup tak selalunya indah
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan" "Setiap yang kita
lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang". "Dalam
kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu".
"Ikhlaslah menjadi diri sendiri
agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat
buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah "Kegagalan dalam kemuliaan
lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula
lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak "Tidak
ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan Kata-kata yang lembut dapat melembutkan
hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan
hati yang lunak seperti sutera".
"Keikhlasan itu umpama seekor
semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi
amat sukar dilihat" Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan
perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan." "Kita sentiasa muda untuk
melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat "Gantungkan azam
dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara
di lautan" Setiap mata yang tertutup belum
bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
Jadikan
dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.""Jangan
seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat
kayu api."